Thursday 14 September 2017

PELABURAN ASB

Sudah sekian lama bank Maybank/CIMB/Affin/RHB menawarkan pinjaman pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Secara purata, mereka menawarkan pinjaman dengan kadar  interest bunga sekitar 5%
UNTUNG?

Ada pro.dan kontra. Jika anda seorang penyimpan yang tegar dan berdisiplin, pinjaman ASB bukan pilihan yang bijak. Ini kerana anda terpaksa membayar interest pinjaman anda sehingga pinjaman anda habis di bayar.





Tetapi, bagi orang seperti saya, pinjamna ASB adalah satu pilihan yang bijak. Terus terang saya katakan, saya bukan seorang yang berdisiplin untuk menyimpan. Dengan pinjaman ASB, mahu atau tidak, saya terpaksa menyimpan secara paksa melalui pembayaran balik pinjaman ASB tersebut.

DUIT BANK

Satu lagi kebaikan pinjaman ASB ni, kita secara tidak langsung, menggunakan duit bank untuk membayar pinjaman kita. Apa yang kita perlu buat:

1. Dapatkan pinjaman ASB. Jumlah pinjaman bergantung kepada kemampuan kita. Kalau mampu, cuba ambil RM100k ke atas. Jika tidak, mungkin sekitar rm30k-50k. Semak jadual pembayaran mengikut kemampuan kita. Tanya bank jika kita berminat untuk mengambil insurans. Tujuan insurans adalah untuk melindungi pinjaman kita jika kita meninggal dunia.Dengan perlindungan insurans, waris akan dapat sijil ASB kita tanpa perlu membayar baki pinjaman. Itu kelebihan insurans. Kekurangannya kita terpaksa membayar lebih sedikit untuk bayaran bulanan pinjaman kita.

2. Apabila pinjaman sudah diluluskan, bank akan membeli sijil dengan nilai pinjaman ASB kita dan menyimpannya. Maka kita bayarlah pinjaman tersebut sehingga kita dapat dividen. Kalau kita buat loan di bulan Januari, kita perlu bayar selama 12 bulan.

3.Gunakan duit dividen untuk membayar ansuran bulanan pinjamanASB kit untuk tahun kedua dan seterusnya. Secara teorinya, kita cuma bayar setahun sahaja dengan duit kita.Selebihnya duit bank melalui dividen ASB yang kita dapat. Menarik bukan? Bijak bijak...

Apapun, teori ni masih terpakai jika interest pinjaman ASB masih rendah berbanding dividen yang kita perolehi dari ASB. Sehingga hari ini, teori ini masih terpakai.

Jadi, kepada anda di luar sana, rebutlah pinjaman ASB ini mengikut kemampuan dalam memaksa diri menyimpan untuk hari kemudian. Saya yakin, pinjaman ini pasti akan dibuat oleh non-bumi jika mereka diberi peluang.

No comments:

Post a Comment

USP

Baru-baruni aku berkesempatan membuat kajian tentang barang keperluan bayi dan permainan kanak-kanak yang ada Unique Selling Proportion (US...